Hasil pertanian Pertanian

Hasil pertanian utama dunia pada 2004

Kategori tanaman yang penting termasuk bijian dan pseudobijian, kekacang, makanan ternakan, serta buah-buahan, dan sayur-sayuran. Tanaman tertentu ditanam di kawasan tumbuh yang berbeza di seluruh dunia.

Produk pertanian terutama,
mengikut tanaman (juta tan metrik)
(berdasarkan data 2004)
Bijirin999999999
Sayur-sayuran dan tembikai866
Akar dan ubi715
Susu619
Buah-buahan503
Daging259
Tanaman minyak133
Ikan (anggaran 2001)130
Telur63
Kekacang60
Gentian sayur30
Sumber: Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) [33]
Produk pertanian terutama,
mengikut tanaman (juta tan metrik)
(berdasarkan data 2004)
Tebu1,324
Jagung721
Gandum627
Beras605
Ubi kentang328
Bit gula249
Kacang soya204
Buah kelapa sawit162
Barli154
Tomato120
Sumber: Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) [33]

Peningkatan tanaman

Traktor dan Chaser BinSeorang saintis pertanian merekodkan tumbuh-besaran pokok jagongJaring melindungi anggur wain daripada burung.

Antara lain, penjinakan tanaman dilakukan supaya dapat:

  • meningkatkan hasil;
  • meningkatkan ketahanan terhadap penyakit dan kemarau;
  • memudahkan penuaian; dan
  • memperbaik rasa dan nilai pemakanan.

Pemilikan dan pembiakan yang teliti selama berabad-abad telah amat mempengaruhi ciri tumbuhan tanaman. Pembiak tumbuhan menggunakan rumah hijau dan teknik yang lain untuk mendapatkan sehingga tiga generasi tumbuhan setiap tahun supaya mereka dapat membuat pembaikan dengan lebih pantas.

Pemilihan dan pembiakan tumbuhan pada 1920-an dan 1930-an memperbaik pastura (rumput dan klover) di New Zealand. Usaha mutagenesis sinaran yang gigih (iaitu kejuruteraan genetik primitif) pada 1950-an menghasilkan kelainan bijian komersil moden seperti gandum, jagung, dan barli.

Hasil purata gandum adalah:

Sebagai perbandingan, hasil purata gandum di negara seperti Perancis melebihi 8 t/ha. Perbezaan hasil disebabkan terutamanya oleh perbezaan iklim, genetik, dan penggunaan (atau tidak) teknik perladangan intensif (penggunaan baja, kawalan perosak kimia, dan kawalan pertumbuhan untuk mengelakkan rebah. (Nota pertukaran: 1 busyel gandum = 60 paun (lb) ≈ 27.215 kg. 1 busyel jagung = 56 paun ≈ 25.401 kg)

Dalam bidang pertanian perindustrian, "perbaikan" tanaman seringnya mengurangkan mutu pemakanan dan mutu yang lain demi memanfaatkan pengeluar. Selepas jentera penuai tomato mekanik dibangunkan pada awal 1960-an, ahli sains pertanian membiak tomato yang lebih keras dan kurang berzat. (Friedland dan Barton 1975). Sebenarnya, satu kajian longitud yang utama tentang aras nutrien bagi banyak sayur menunjukkan kemerosotan yang ketara pada 50 tahun yang lalu. Pada hari ini, Vitamin B2 dalam sayur kebun di Amerika Syarikat merosot sebanyak 38% pada puratanya, manakala vitamin C merosot sebanyak 15% (Davis dan Riordan 2004).

Baru-baru ini, kejuruteraan genetik telah digunakan di sesetengah kawasan di dunia untuk mempercepat proses pemilihan dan pembiakan. Pengubahsuaian yang paling banyak digunakan ialah gen ketahanan racun perosak yang membenarkan tumbuhan tahan pendedahan glifosat yang digunakan untuk mengawal rumpai. Satu pengubahsuaian yang kurang digunakan kerana lebih berkontroversi menyebabkan tumbuhan menghasilkan toksin bagi mengurangkan kerosakan yang diakibatkan oleh serangga (lihat Starlink). Kesan yang sama masih berlaku sehingga hari ini, dengan sebarang perubahan terhad hanya kepada teknologi.

Terdapat pengeluar khusus yang menternakkan atau menanam jenis ternakan dan tanaman yang kurang biasa. Akuakultur, iaitu penternakan ikan, udang, dan alga, amat berkait dengan pertanian. Pemeliharaan lebah yang secara tradisi dilakukan untuk menghasilkan madu lebah kini semakin dipergunakan untuk pendebungaan tanaman.

Lihat juga : Botani, Senarai tumbuhan jinak, Senarai sayur-sayuran, Senarai herba, Senarai buah-buahan

Rujukan

WikiPedia: Pertanian http://www.scq.ubc.ca/?p=704 http://www.ucalgary.ca/news/feb2007/early-farming/ http://www.atimes.com/atimes/South_Asia/HG21Df01.h... http://www.csmonitor.com/2007/0724/p01s01-wogi.htm... http://www.financialpost.com/story.html?id=213343 http://www.history-magazine.com/potato.html http://www.marketwatch.com/story/bioengineers-aim-... http://news.mongabay.com/2006/1214-unu.html http://environment.newscientist.com/channel/earth/... http://www.nytimes.com/1989/09/08/us/science-acade...